Wednesday, 24 June 2009

assalamualaikum.

pada 20/06/2009 telah berlansungnyer satu perjumpaan yang telah dibincang agaknya dari bulan 4 atau 5 dahulu. perjumpaan pertama bagi bebudak yang comel kelas 3rka yang telah pon berpecah2 dan perpindah randah mengikut haluan masing2. perjumpaan yang sepatutnya bermula pada puku 12 telah dilewatkan kepada 1230 kerana kelewatan para
peserta. jadi di hadapan mph, midvalley telah berlakunya sejarah itu. 3 orang yang hadir pada mulanya adalah ahmad ihsan, mohd uda dan fadhlina hidayah. kemudian disusuli oleh mohd nazmi.

dan kami bergerak ke dominos. proses mengorder dijalankan disusuli oleh gelak2 ketawa dan mengimbau kembali kenangan2 dahulu. dengan perangai nazmi yang tidak ubah. uda dan ihsan yang jadi tukang ketawa. memang havoc. kemudian hamidah @ mid tiba. yang mana dia terpaksa datang selepas kerja. dan selepas itu disusuli oleh alya illyani.

dan ribuan terima kasih diucapkan kepada ihsan kerana membayar bagi pihak kami. terima kasih sekali lagi. lain kali boleh belanja lagi. dan kemudian kami bergerak ke tingkat atas midvalley dan bercadang ingin bermain bowling. tetapi sangat la penuh. jadi kami menuju ke panggung wayang. alya, mid dan aku perlu pulang awal. jadi tidak join aktiviti tengok wayang itu. jadi nazmi, uda dan ihsan yang menonton. jika tidak silap mereka menonton drag me to hell. dan aktiviti selepas itu saya tidak tahu.








sekian sahaja saya yang menjalankan tugas,

anna sigh walia.

* sorry pic yg kureeeng tu dr hp aku and yg clear tu dr camera nazmi. ihsan.. mana pic??

6 comments:

  1. wah bestnye ek...comel2 smuanya ek...ruginya xdp dtg..smuanya cantik2 n smart2 ek...emmm dayah napa ak tgk pict 4, 5, n 9 tu silau je ak tgk hehehe...ssh nak focus..emmmm mna lgi satu gambo hehehe(yg gosip tuu)

    ReplyDelete
  2. wwaaa.... aku x tahu la nape silau. nak kata guna speed light. tak der. maybe ade natural light. hahahaha.

    gambar ape? gambar ape? wakakakaka. *kang aku kena pancung kang.hahahaha.

    semua cantik2? and smart? hahaha. tue la rugi tak datang

    ReplyDelete
  3. huarrgghhh!! nak kena pancung btul nih korg huhu.

    haha klakar giler narrative anna.

    nak tau crita tak. nak contact nazmi susah giler haritu. rupa2nya dia tgh syok "shoping" kat jusco huhu.

    memang best la reunion haritu walaupun x ramai sgt. tp okay la.

    klakar plak biler anna ckp reunion yg tlh dirancang 5 bulan lalu hahaha.

    nanti kiter jumpa2 lagi ek. kalini darsham kena dtg dan jd sponsor haha.

    ReplyDelete
  4. betul3. nnti darsham kena datang and jadi sponsor.

    and nazmi banyak giler hp macam ahlong pon ade aku rasa.hhahah.and ape la yg dia 'shopping'kan tue yer.

    ReplyDelete
  5. weii korg...nk gather sbtu nie ker??
    kt ner...roger aku smer..aritue aku x dpt pg cz kjer...sgt bz laa skang even aku practicl jer..
    kjer cm staf n kner duk kt site..tue yg xleh nk lari tue...so if smpt join..aku join nnt...kol bper kt ner n bler...okess

    sowi yeh kwn2

    ReplyDelete
  6. ala. dilla. minggu ni tak jadi la. alya kena pegi offshore. and since dia yang akan belanja kan. haahaha.

    so nanti alya dah balik dr offshore. kiter plan ok. and gather lagi sekali.

    dilla keja kat perak ker kl? tapi boleh turun kl la kan. hehehe. kesian dilla banyak keja. chil2.hahha

    ReplyDelete

http://emo.huhiho.com